Terma & Syarat 9:50 PM

Terma & Syarat

Aimy Boutique menawarkan perkhidmatan menjual pakaian wanita muslimah secara online dan offline untuk kemudahan pelanggannya. Dengan membuat tempahan di blog dan berurusan dengan kami bermakna anda bersetuju dengan segala terma dan syarat yang ditetapkan seperti yang termaktub dalam di dalam halaman ini dan mengikut perubahannya dari semasa ke semasa bermula pada tarikh ianya dipaparkan. Anda seharusnya meneliti terma-terma dan syarat-syarat ini pada setiap kali anda melayari laman blog kami.

Arahan dan syarat yang perlu di patuhi adalah seperti berikut :

1. Blog ini adalah perniagaan secara persendirian dan tidak melibatkan mana-mana individu lain. Jadi sebarang iklan adalah tidak di benarkan kecuali dengan kebenaran pihak pengurusan Aimy Boutique.

2. Pelanggan adalah di larang sama sekali mengeluarkan kata-kata kesat di dalam ruangan chat box, jika terdapat sebarang masalah dan ada ketidakpuasan hati maka bolehlah berurusan secara terus dengan pihak kami.

3. Setiap pembelian yang telah menerima penghantaran tidak boleh di kembalikan atau di tukar.

4. Semua harga pada produk kami adalah tetap dan tiada rundingan harga. Tetapi pihak kami selalunya akan menawarkan free gift. Free gift akan di nyatakan pada produk dan di hantar secara percuma bersama pembelian.

5. Tiada pembatalan pesanan di benarkan dan wang tidak akan di kembalikan kecuali atas sebab ketiadaan stok oleh pihak kami.

6. Pesanan tanpa di sertakan bayaran sama sekali tidak akan di proses.

7. Hanya "Serious Buyer" sahaja yang di benarkan dalam urusan pesanan dan pembelian.

8. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan dan kehilangan barangan semasa proses penghantaran.

~ Selamat Bershopping ~